Blogger Backgrounds

Tuesday, 1 March 2011

KALAU KU TAHU..(HANYA UNTUK DIBACA)


 kalau ku tahu hari ini adalah hari terakhir melihat ibu  tidur,,
akanku rangkul tubuh ibu seerat-eratnya dan berdoa agar hidup ibu diberkati allah,....
jikalau kutahu hari ini adalah hari terakhir ku melihat ibu keluar,,
akanku peluk dan ku kucup lalu kurayu  agar ibu kembali....
jikalau kutahu hari ini adalah hari terakhir aku mendengar suara ibu yang penuh kasih sayang,,
akanku rakam setiap kata2 dan gerak geri ibu supaya boleh kutonton setiap hari...
jikalau kutahu hari ini adlah laki terakhir kita bersama,,
akanku luanglkan seminit dua untuk kuucapkn "IBU,,SAYA SAYANG IBU"
sememangnya esok akan  menjelma dan kita masih boleh membetulkan keadaan,,
masih ada esok untuk engucapkan "saya sayang ibu" dan masih ada peluang untuk bertanya "boleh saya lakukan sesuatu untuk ibu?" tetapi mungkin aku tersilap dan hari inilah yang aku ada.akan aku ucapkan betapa aku sayangkan ibu dan aku berharap diriku diberikan kesampatan..
esok bukan  suatu janji untuk sesiapa,,tua atau muda dan hari ini mungkin peluang terakhir yang ada untuk menumpang kasih sayang ibu.
mengapa menunggu sehingga esok,,mengapa tidak lakukan hari ini? jika esok tidak menjelma kita akan menesal,,kerana tidak meluangkan masa untuk melimpahkan kasih sayang dan menyayangi ibu.mungkin inilah harapan terakhir.
jadi,,hampirilah ibu,bisikkan ke telinga ibu betapa kita menyayangi dan amat memerlukannya.
ambil masa utuk berkata "maafkan saya ibu"..."terima kasih ibu"..."saya sayang ibu"...dan jika esok tidak menjelma kita tidak akan menyesal.bak kata pepatah 'KASIH IBU SEPANJANG HAYAT,KASIH ANAKNYA HANYA TUHAN YANG TAHU'....

No comments: